Monday, February 23, 2009

Aku Hidup Sebentar Sahaja

Lama betul tak menulis. Entahlah, kadang-kadang semangat memang jarang datang padaku kebelakangan ini. Mungkin peperiksaan bertaraf rendah kerap hadir dalam hidupku sejak beberapa 'menjak' ini.
Saban hari, aku terfikir, yang sememangnya manusia perlu berfikir untuk menjarakkan diri meraka dari kategori 'unsur biologi yang membosankan', tentang apakah sebenarnya kehidupan?
Jutaan manusia hari ini berfikir, kehidupan hanyalah sekadar satu kitaran perjalanan sebuah masa yang sememangnya akan berakhir satu masa nanti. tetapi bagi aku, ianya lebih dari itu.
Sebagai seorang manusia yang lemah dan percaya bahawa adanya Tuhan yang satu, yang mana Dia telah menciptakan mahkluk-makhluk di atas muka bumi ini, hanya-Sanya dengan Kudrat-Nya, Tuhan yang Maha Hebat, di atas segala sesuatu, yang menciptakan Dunia dan Akhirat, aku sering terfikir, 'Adakah aku ini seorang hamba?'
Kalau aku seorang hamba, kenapa aku masih ketawa ketika........

- Azan diazankan sedangkan lutut para Sahabat Nabi s.a.w. bergetar mendengarnya.
- Meninggalkan solat sedangkan tiada bahagian orang yang meninggalkan solat dalam
Islam.
- Melihat orang-orang Cina dan India di hadapanku berjalan tanpa Iman sedangkan
mereka ini akan mendakwaku di Akhirat kelak.
- Melawan kata-kata ibu-bapa sedangkan redha Tuhanku di bawah redha mereka.
- Melihat sesuatu yang lucu sedangkan kematian itu pasti dan menyakitkan.
- Meninggalkan solat Tahajjud sedangkan ia lampu di dalam kuburku.
- Meninggalkan amalan membaca Al-Quran sedangkan ia pembela terbaikku.
- Menyumpah-seranah masalah kehidupan sedangkan ianya ketetapan Tuhan.
- Berhibur berlebihan sedangkan mati boleh datang bila-bila masa.
- Melambat-lambatkan taubat sedangkan Malaikat Maut sentiasa menjenguk manusia 27
kali sehari.

Bagaimana ya?
Hidup sebentar sahaja. Fikirkan.

3 comments:

  1. rs cam insaf juge bc blog ko kali ni...
    huhuhuuh...
    ni br btol....update cite bru plak tau...
    heeeeeeee =P

    ReplyDelete
  2. akan wujudkah keinsafan andai sekadar menatap madah.... apakah setiap org berfikiran sama dgn kamu... walau dlm kegembiraan tetap memikirkan kematian.... atau sekadar memikirkan kematian sebagai pengakiran yg tidak perlu untuk difikirkan.... kerana bagi mereka kita perlu menghargai waktu kehidupan kerana setelah mati tidak akan ada lg kehidupan sebegini.... walhal kehidupan setelah mati adalah abadi.... andai kita manfaatkan waktu kehidupan untuk beribadat... maka kehidupan selepas mati akan menjadi lebih menarik dari kehidupan semasa hidup.... tidakkah kau fikir begitu kawan....

    ReplyDelete
  3. salam..blog yg baik..hehe

    http://www.buaya-merah.blogspot.com/

    ReplyDelete