Tuesday, August 3, 2010

Wednesday, December 2, 2009

Huhu!!

Giler lamer xmenaip!!

Friday, April 17, 2009

Serius

Baru sahaja tadi aku bermain futsal. Sungguh memenatkan sehingga mampu mengeluarkan peluh-peluh keringat aku yang dah lama tak keluar. Tanpa disedari, aku sebenarnya dah lama tak bermain futsal. Mungkin kerana aku kerap bergaya sibuk buat assignment yang hakikatnya aku malas nak buat.
Di atas semua perkara ini, aku sebenarnya risaukan satu perkara. Perkara yang sangat serius, boleh menghancurkan mana-mana idaman aku terhadap dunia yang 'fana' ini. Perkara yang merungsingkan. Perkara yang aku rasa ramai orang juga rungsingkan.

Berat Badan : Badan dah mula terasa berat. Perut semakin senak bila bermain. Suka melihat peti telivisyen. Berjalan ke kelas sejauh beberapa meter pun terasa penat. Selalu melihat cermin dengan pantas (Bagi mengelak untuk melihat saiz tubuh). Suka makan Snek/Jajan - kata bro-bro. Ketawakan lelaki/wanita kurus. Selalu ditipu oleh rakan yang katanya "Badan ko smart siot, macam Body Builder!". Paling gembira bila masuk ke McD. Sukakan Cheesy Wages KFC - makanan terbaik dunia. Jadikan Afdlin Shauki idola semasa.

Kalau kamu semua ada ciri-ciri ini. Bersedia.






Wednesday, April 15, 2009

Penuh Muslihat

Kejadian yang sering berlaku pada aku dalam bengkel. Kerja tiada tapi menyamar ada kerja. Kebelakangan ini kehidupan aku memang sangat sibuk. Nak menaip pun tak sempat. Tapi, main game always 'sempat'

Exam makin dekat.

Monday, February 23, 2009

Aku Hidup Sebentar Sahaja

Lama betul tak menulis. Entahlah, kadang-kadang semangat memang jarang datang padaku kebelakangan ini. Mungkin peperiksaan bertaraf rendah kerap hadir dalam hidupku sejak beberapa 'menjak' ini.
Saban hari, aku terfikir, yang sememangnya manusia perlu berfikir untuk menjarakkan diri meraka dari kategori 'unsur biologi yang membosankan', tentang apakah sebenarnya kehidupan?
Jutaan manusia hari ini berfikir, kehidupan hanyalah sekadar satu kitaran perjalanan sebuah masa yang sememangnya akan berakhir satu masa nanti. tetapi bagi aku, ianya lebih dari itu.
Sebagai seorang manusia yang lemah dan percaya bahawa adanya Tuhan yang satu, yang mana Dia telah menciptakan mahkluk-makhluk di atas muka bumi ini, hanya-Sanya dengan Kudrat-Nya, Tuhan yang Maha Hebat, di atas segala sesuatu, yang menciptakan Dunia dan Akhirat, aku sering terfikir, 'Adakah aku ini seorang hamba?'
Kalau aku seorang hamba, kenapa aku masih ketawa ketika........

- Azan diazankan sedangkan lutut para Sahabat Nabi s.a.w. bergetar mendengarnya.
- Meninggalkan solat sedangkan tiada bahagian orang yang meninggalkan solat dalam
Islam.
- Melihat orang-orang Cina dan India di hadapanku berjalan tanpa Iman sedangkan
mereka ini akan mendakwaku di Akhirat kelak.
- Melawan kata-kata ibu-bapa sedangkan redha Tuhanku di bawah redha mereka.
- Melihat sesuatu yang lucu sedangkan kematian itu pasti dan menyakitkan.
- Meninggalkan solat Tahajjud sedangkan ia lampu di dalam kuburku.
- Meninggalkan amalan membaca Al-Quran sedangkan ia pembela terbaikku.
- Menyumpah-seranah masalah kehidupan sedangkan ianya ketetapan Tuhan.
- Berhibur berlebihan sedangkan mati boleh datang bila-bila masa.
- Melambat-lambatkan taubat sedangkan Malaikat Maut sentiasa menjenguk manusia 27
kali sehari.

Bagaimana ya?
Hidup sebentar sahaja. Fikirkan.

Tuesday, February 3, 2009

Nafas Baru


Hah! kan aku dah kata?

Monday, February 2, 2009

Sebiji Bola Seribu Makna


Assalamualaikum. Memang kurang menyenangkan kerana semakin lama hari berlalu, semakin malas aku nak hantar artikel-artikel membosankan. Tapi tak mengapa, hidup perlu diteruskan.

'Mungkin' ada yang bertanya:

1) Gambar apa
ni?
2) Apa ada pada gambar
ni?
3)
Kenapa YM aku tak boleh buka ni?

Aku yang bosan ini akan menjawabnya.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana kebosanan aku, atau mungkin kurangnya kematangan dalam kehidupan aku, aku meminati bola sepak. Atau
Mat Saleh Amareka memanggilnya 'Soccer'. Atau Mat Saleh Elizabeth akan memanggilnya 'Football'. Atau di Malaysia, lazimnya orang akan memanggilnya 'Permainan petang-petang'. Atau 'Menbolajom?'. Diharap kamu semua dapat menyebutnya dengan intonasi terbaik.

Bola sepak mempunyai sejarah yang sangat tinggi. Aku tak mampu untuk ceritakannya kerana ianya terlalu panjang. Betul, sangat panjang sehingga boleh membazirkan masa makan aku.

Tapi yang penting, bola sepak sememangnya permainan terbaik, hebat, dan melalaikan yang aku pernah jumpa sepanjang kehidupan aku. Hebatnya pencipta bola sepak kerana hanya dengan sebiji bola, beribu-ribu manusia meninggalkan solat Maghrib kerana bersesak-sesak di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.(
Beribu-ribu ke?). Atau mana-mana stadium yang masih berfungsi berdekatan dengan rumah anda. Dan dengan sebiji bola, ramai yang sanggup membazirkan masa tidur mereka menonton sebiji bola yang disebut sebentar tadi. (rujuk baris sebelum ini). Hanya kerana ia disepak, ditahan, ditangkap, dan ditendang oleh beberapa pemainnya yang bertubuh sasa lagak seperti seorang peragawan berkarisma meniti jalan kejayaan kariernya. Bukan Amri Yahyah.

Termasuk diriku, bola sepak juga telah memecah-beraikan struktur kekeluargaan apabila perlawanan-perlawanan peragawan tadi berlangsung di waktu-waktu di luar akhlak manusia normal seperti 01.00 a.m. ataupun 11.45 a.m. Masa tidur dilewatkan berkadar langsung dengan peninggalan solat Subuh pula bukan?

Tapi
tak mengapalah, semoga kita semua diampunkan dan diberi petunjuk. Selepas ini aku nak menulis tentang bola lagi. Mungkin bola lain pula.

Arshavin masuk Arsenal beb!