Monday, February 2, 2009

Sebiji Bola Seribu Makna


Assalamualaikum. Memang kurang menyenangkan kerana semakin lama hari berlalu, semakin malas aku nak hantar artikel-artikel membosankan. Tapi tak mengapa, hidup perlu diteruskan.

'Mungkin' ada yang bertanya:

1) Gambar apa
ni?
2) Apa ada pada gambar
ni?
3)
Kenapa YM aku tak boleh buka ni?

Aku yang bosan ini akan menjawabnya.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana kebosanan aku, atau mungkin kurangnya kematangan dalam kehidupan aku, aku meminati bola sepak. Atau
Mat Saleh Amareka memanggilnya 'Soccer'. Atau Mat Saleh Elizabeth akan memanggilnya 'Football'. Atau di Malaysia, lazimnya orang akan memanggilnya 'Permainan petang-petang'. Atau 'Menbolajom?'. Diharap kamu semua dapat menyebutnya dengan intonasi terbaik.

Bola sepak mempunyai sejarah yang sangat tinggi. Aku tak mampu untuk ceritakannya kerana ianya terlalu panjang. Betul, sangat panjang sehingga boleh membazirkan masa makan aku.

Tapi yang penting, bola sepak sememangnya permainan terbaik, hebat, dan melalaikan yang aku pernah jumpa sepanjang kehidupan aku. Hebatnya pencipta bola sepak kerana hanya dengan sebiji bola, beribu-ribu manusia meninggalkan solat Maghrib kerana bersesak-sesak di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.(
Beribu-ribu ke?). Atau mana-mana stadium yang masih berfungsi berdekatan dengan rumah anda. Dan dengan sebiji bola, ramai yang sanggup membazirkan masa tidur mereka menonton sebiji bola yang disebut sebentar tadi. (rujuk baris sebelum ini). Hanya kerana ia disepak, ditahan, ditangkap, dan ditendang oleh beberapa pemainnya yang bertubuh sasa lagak seperti seorang peragawan berkarisma meniti jalan kejayaan kariernya. Bukan Amri Yahyah.

Termasuk diriku, bola sepak juga telah memecah-beraikan struktur kekeluargaan apabila perlawanan-perlawanan peragawan tadi berlangsung di waktu-waktu di luar akhlak manusia normal seperti 01.00 a.m. ataupun 11.45 a.m. Masa tidur dilewatkan berkadar langsung dengan peninggalan solat Subuh pula bukan?

Tapi
tak mengapalah, semoga kita semua diampunkan dan diberi petunjuk. Selepas ini aku nak menulis tentang bola lagi. Mungkin bola lain pula.

Arshavin masuk Arsenal beb!

3 comments:

  1. aku paling x suke M.United...

    ReplyDelete
  2. sememangnya bolasepak amat dan teramat melalaikan!!!sggop meninggalkan solat demisebiji bola!!jgn sampai kita dilaknat!!na'udzubillah..

    ReplyDelete